Nuffnang Advert
Friday, May 18, 2012
Pencuci Tandas Peroleh Ijazah
NEW YORK : Seorang penjaga bangunan Universiti Columbia, Gac Filipaj merupakan antara pelajar cemerlang pusat pengajian tinggi itu.
Filipaj berusia 52 tahun dan dia bekerja membersihkan lantai, mengosongkan tong sampah dan membersihkan tandas di universiti tersebut di sini.
Kelmarin, dia berasa bangga kerana menerima ijazah sarjana muda dengan kepujian dalam majlis konvokesyen universiti itu.
Filipaj belajar selama 12 tahun dalam pengajian klasik sambil bekerja sepenuh masa sebagai penjaga bangunan.
Pada awalnya, dia mempelajari bahasa Inggeris selepas melarikan diri daripada perang saudara di negara kelahirannya, Yugoslavia pada tahun 1992.
Berasal daripada etnik Albania, dia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana bimbang akan dipaksa menyertai tentera Serbia.
Selepas mendapat ijazah, Filipaj kembali bertugas sebagai penjaga bangunan di universiti berkenaan.
Namun, dia berharap akan mendapat pekerjaan yang lebih baik dan seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.
Penjaga bangunan tersebut masih menghantar wang kepada keluarganya yang bekerja di sebuah ladang di Montenegro. – Agensi
Polis Tidak Benarkan Konsert Lady Gaga Di Jakarta
JAKARTA : Polis Indonesia semalam enggan membenarkan penyanyi terkenal, Lady Gaga mengadakan persembahan di sini.
Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam berikrar untuk menggerakkan ribuan penyokong masing-masing untuk menghalang konsert tersebut.
Menurut jurucakap Polis Nasional Indonesia, Saud Usman Nasution, konsert Lady Gaga yang dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan akan dibatalkan.
“Kami tidak akan mengeluarkan permit untuk konsert Lady Gaga di Jakarta,” katanya.
Sebelum ini Barisan Pertahanan Islam (BPI) melancarkan bantahan di Jakarta yang berikrar menghalang penyanyi itu menjejakkan kaki di sini.
“Kami amat gembira apabila polis menghalang pemusnah moral itu (Lady Gaga) daripada datang ke negara ini.
“Sudah tentu kami menentangnya, dia hanya memakai seluar dalam dan coli,” kata Pengerusi BPI Jakarta, Habib Salim Alatas.
Menurut Habib, Lady Gaga amat berbahaya kepada generasi muda Indonesia kerana dia pernah menyatakan dirinya utusan syaitan.
Pasukan Pembela Muslim juga pernah mendesak polis supaya membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga.
Para peminat penyanyi penyanyi tersebut mewujudkan akaun #IndonesiaSavesGaga di laman Twitter bagi meminta polis menarik kembali keputusan tersebut.
Penganjur konsert itu, Big Daddy Productions sudah menjual lebih 50,000 tiket.
Namun, ia enggan mengesahkan sama ada konsert Born This Way Ball itu telah dibatalkan secara rasmi.
Penyanyi itu dijadualkan membuat persembahan di Stadium Gelora Bung Karno.
Seorang pemegang tiket itu, Mariska Renata menyatakan dia berasa amat kecewa tentang pekembangan tersebut.
“Kami telah matang untuk memezakan antara nilai-niali moral dengan seni dan budaya,” katanya.
Konsert Lady Gaga di Asia bermula sejak bulan lalu.
Sementara itu, penyanyi tersebut melawat menara Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter di Tokyo, Jepun semalam. – Agensi
The Avengers Kutip Lebih RM3 Bilion
LOS ANGELES : Filem The Avengers memperoleh kutipan pecah panggung lebih AS$1 bilion (RM3.08 bilion) di seluruh dunia, kata beberapa pegawai kelmarin.
Menurut laman industri IMDb, filem tersebut memperoleh kutipan sebanyak AS$$1,002,082 (RM3,083,406).
Menurut agensi Exhibitor Relations yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, filem tersebut mengutip sebanyak AS$207 juta (RM638.3 juta) pada tayangan pembukaan dua minggu lalu menambah kutipan sebanyak AS$103.1 juta (RM317.8 juta) pada hujung minggu lepas di Amerika Utara.
Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama pengeluar komik terkenal, Marvel itu diadaptasi daripada komik bersiri paling popular, The Avengers.
Ia mengisahkan watak Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye dan Black Widow mengalahkan kuasa jahat yang diketuai oleh Loki. – AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)